Archive for the ‘Uncategorized’ Category

h1

Kena Tindih?

July 26, 2009

“Ish, teruk aku ‘kena tindih’ malam tadi! Nak bangun tapi satu badan tak boleh gerak!”

Seringkali kita terdengar orang bercerita sebegini. Saya rasa semua orang pernah mengalami fenomena ‘kena tindih’ ini – paling busuk pun seumur hidup sekali. Saya juga selalu mengalaminya ketika berada di universiti dulu. Dan sudah tentu, sesuai dengan istilah yang diberikan, ‘makhluk halus’ lah yang sentiasa ‘dipersalahkan’. Tidak tahulah jin, syaitan, atau apakah yang dimaksudkan, wallahua’lam.

Namun, tahukah kalian ada penjelasan saintifik di sebalik fenomena ‘kena tindih’ ini, atau istilah yang lebih tepat dalam bahasa inggeris: ‘Sleep Paralysis’? Di sini saya sertakan petikan tulisan dari laman web Wikipedia yang menerangkan secara panjang lebar apa itu Sleep Paralysis:

 
SLEEP PARALYSIS

(Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Sleep_paralysis)

Physiologically, sleep paralysis is closely related to the paralysis that occurs as a natural part of REM (rapid eye movement) sleep, which is known as REM atonia. Sleep paralysis occurs when the brain awakes from a REM state, but the body paralysis persists. This leaves the person fully conscious, but unable to move. The paralysis can last from several seconds to several minutes “after which the individual may experience panic symptoms and the realization that the distorted perceptions were false”. When there is an absence of narcolepsy, sleep paralysis is referred to as isolated sleep paralysis (ISP).

 In addition, the paralysis state may be accompanied by terrifying hallucinations (hypnopompic or hypnagogic) and an acute sense of danger. Sleep paralysis is particularly frightening to the individual due to the vividness of such hallucinations. The hallucinatory element to sleep paralysis makes it even more likely that someone will interpret the experience as a dream, since completely fanciful, or dream-like, objects may appear in the room alongside one’s normal vision.

 Sleep paralysis occurs during REM sleep, thus preventing the body from manifesting movements made in the subject’s dreams. Very little is known about the physiology of sleep paralysis. However, some have suggested that it may be linked to post-synaptic inhibition of motor neurons in the pons region of the brain. In particular, low levels of melatonin may stop the depolarization current in the nerves, preventing the stimulation of the muscles and any consequent enactment of the dream activity by the body (e.g. preventing a sleeper from flailing his legs when dreaming about running).

 Several studies have concluded that many or most people will experience sleep paralysis at least once or twice in their lives.

 Some reports read that various factors increase the likelihood of both paralysis and hallucinations. These include:

  • Sleeping in a face upwards or supine position
  • Irregular sleeping schedules; naps, sleeping in, sleep deprivation
  • Increased stress
  • Sudden environmental/lifestyle changes
  • A lucid dream that immediately precedes the episode.

 
Moral:

Semoga kita tidak terus menyimpulkan setiap fenomena yang berlaku sebagai ‘gangguan makhluk halus’ dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpendidikan tinggi, malu sekiranya sesuatu perkara terus disimpulkan tanpa melakukan kajian dan mencari penjelasan saintifik.

Namun, janganlah sesekali kita nafikan kewujudan makhlus ghaib dan keupayaan mereka untuk mengganggu kita (dengan izin Allah). Di sebalik setiap penjelasan saintifik yang ditemui, jangan pula ditinggalkan amalan zikir dan doa pelindung diri terutama yang tsabit dari Rasulullah. Gangguan dari mereka tetap sentiasa ada.

 
** Firdaus: Teguran buat diri saya yang sudah lama meninggalkan bacaan Hisnul Muslim, Ma’thurat dan sebagainya.

h1

He Knows

July 13, 2009

And whether ye hide your word or publish it, He certainly has (full) knowledge, of the secrets of (all) hearts. Should He not know, He that created? and He is the One that understands the finest mysteries (and) is well-acquainted (with them).”
(Al-Mulk: 13-14)

 
ALLAH KNOWS

A duet song by Zain Bikha & Dawud Wharnsby Ali

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows

And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows

Every grain of sand
In every desert land
He knows

Every shade of palm
Every closed hand
He knows

Every sparkling tear
On every eyelash
He knows

Every thought I have
And every word I share
He knows

h1

Bersangka Baik

July 11, 2009

Jika ada orang bertanya, apakah sifat mulia yang paling sukar untuk disemai di dalam diri manusia – sudah tentu ‘bersangka baik’ atau ‘husnuszonn’ termasuk di dalam senarai jawapan yang akan terlintas di fikiran saya. Lebih-lebih lagi di kalangan umat Melayu-Islam di Malaysia ini – termasuklah dengan diri saya sekali, sikap sentiasa bersangka buruk (suu’uzzonn) seolah-olah sudah sebati di dalam diri. (Ya benar, tidak semua. Jika anda terpelihara, maka alhamdulillah.)

Apabila ada rakan sekerja yang cepat sekali mendaki pangkat – “ni mesti kuat mengampu bos ni”;
Apabila ada warung makan yang sentiasa sesak dengan pengunjung – “ni mesti ada ‘bela’ ni” (bela apa entah, saya pun tak tahu);
Apabila ada jiran yang dimurahkan rezeki dengan rumah yang besar & kereta yang mewah – “ni mesti makan rasuah ni”;
Apabila ada sahabat kita yang memang sifatnya pendiam atau mungkin sibuk dengan komitmen sendiri – “sombong betul mamat/minah ni”;
Dan berbagai-bagai contoh lain yang begitu dekat sekali dengan diri kita – tidak kiralah sama ada saya ‘terlibat’ sekali bersangka buruk ataupun tidak.

“Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
(Al-Hujuraat: 12)

Bagi saya, ‘bersangka baik’ merupakan perkara pertama yang perlu kita muhasabahkan sebelum berbicara tentang perpaduan. Bagaimana nak bersatu kalau hati penuh dengan sangka buruk sesama umat, bukan?

Tentulah, sedahsyat-dahsyat sangkaan buruk yang perlu kita jauhi adalah bersangka buruk kepada Tuhan. Janganlah sesekali bersangka buruk terhadap segala musibah yang Allah turunkan.

“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!”
(Fussilat: 23)

Solusi: Marilah sama-sama kita tanamkan sifat sentiasa bersangka baik terhadap rakan-rakan kita, jiran tetangga, masyarakat, dan yang paling utama sekali – terhadap Tuhan.

.
** Firdaus: Tidaklah bermaksud sangkaan baik itu perlu mendahului pertimbangan akal fikiran. Bagi perkara-perkara yang telah terbukti salah silapnya, maka tetaplah salah. Sikap berhati-hati dan waspada tetap perlu ada.

h1

Terima Kasih Cikgu

May 17, 2009

Dedikasi buat semua guru / cikgu / ustaz / ustazah / sifu / pensyarah yang pernah mengajar saya ketika di Tadika KEMAS Rawang (Muar), Sekolah Rendah Kebangsaan Rawang, Sekolah Agama Rawang, Sekolah Tinggi Muar, Sekolah Agama Sungai Idrus, MRSM Jasin, Pusat Matrikulasi UIA, dan UIA Gombak. Insya’Allah, segala ilmu yang dicurahkan dalam membentuk diri ini tidak akan disia-siakan, dan hanya Allah yang layak membalas.


PENDETA ILMU

Nukilan Lanjelang

Seringkali terkenang kisah persekolahan
Di sana ku salini segala ucapan ilmu yang diajar
Guruku tersenyum mesra bilaku ingin bertanya
Apakah ini itu dan segalanya

Dan aku turut teringat tika guru mencurah keringat
Diterang yang malap lalu bersinar mata fikiran
Belumpun senang berehat ku datang dengan kerumitan
Guruku tabah hatimu mengharukan

Guruku dengan ilmumu kau berjuang untuk menjulang bangsa
Walaupun tak punya senjata untuk menghunus namun kau punya cara
Guruku hanya Tuhan tahu mati dan syahidmu dibawa ke syurga
Kerana kau punya mahkota nan wibawa
Hanya itulah doa kami semua oh guru tercinta

Oh guru tercinta maafkanlah andai salah bicara
Sesungguhnya diri tiada sedari luka yang terasa
Walau tidak kau tunjukkan namun ku kan mengharapkan
Dosa yang tercatit biarlah dipadam

Oh guru tercinta usahlah terpudar semangatmu
Kami kini sedar betapa tinggi darjat ilmu
Walaupun nanti terpisah ingatan kan tetap indah
Segala ilmumu akan ku amalkan

h1

Tahniah Buat Afar

May 14, 2009

Tahniah diucapkan kepada senior, Dorm Captain (DC), naqib taklim, kawan rapat, dan teman seperjuangan saya, Ahmad Farhan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai ‘Afar’ atau ‘Pa’an’ kerana bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 13hb Jun 2009 bersamaan 19 Jamadilakhir 1430 Hijrah yang akan menjelang hanya beberapa minggu lagi.

Majlis kenduri perkahwinan di pihak pengantin perempuan akan dilangsungkan pada tarikh pernikahan, bertempat di Kampung Sungai Nipah Darat, Jalan Rungkup, 36200 Selekoh, Perak Darul Ridzuan. Dia menyampaikan amanah kepada saya agar menjemput rakan-rakan lain yang turut mengenalinya. Jadi, jom konvoi beramai-ramai ke sana!

Insya’Allah, semoga segalanya berjalan dengan lancar. Di sini, didahulukan doa Rasulullah (s.a.w.) buat Afar dan pasangannya. Semoga ikatan perkahwinan yang bakal terjalin berkekalan hingga ke syurga, ameen

“Semoga Allah mengurniakan keberkatan buatmu, dan keberkatan daripada perkahwinan ini ke atasmu, dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.”
(Hadith riwayat ashab al-Sunan kecuali al-Nasa’iy)


** Firdaus: Kad jemputan perkahwinan Afar boleh dirujuk di galeri foto friendster beliau.

h1

Consult Your Heart

May 14, 2009

Al-Nawwas bin Sam’an, radiyallahu ‘anhu, reported that the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, said:
“Righteousness is good character, and sin is that which wavers in your heart and which you do not want people to know about.”
(Muslim)

According to Wabisah bin Ma’bad, radiyallahu ‘anhu, who said:
I came to the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, and he said: “You have come to ask about righteousness ?” “Yes,” I answered. He said: “Consult your heart. Righteousness is that about which the soul feels tranquil and the heart feels tranquil, and sin is what creates restlessness in the soul and moves to and fro in the breast, even though people give you their opinion (in your favour) and continue to do so.”
(A good hadith transmitted from the Musnads of the two Imams,
Ahmad bin Hanbal and Al-Darimi)

 
Sometimes your heart knows better than you do. God has created us with fitrah to love truth and good and to hate falsehood and evil. However, a diseased or even dead heart may falsely judge what is good or bad because the fitrah is already corrupted. Thus, keep your heart purified!

h1

Tepati Janjimu!

April 30, 2009

Perjanjian sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Mahu atau tidak, kita pasti tidak dapat lari daripada membuat perjanjian dalam hampir kesemua aktiviti seharian kita. Janji tetap janji, tidak kiralah dalam hal sekecil mana pun – persoalannya adalah sama ada kita sedari ataupun tidak.

Kita sebenarnya telahpun membuat perjanjian:
Apabila kita bersetuju untuk bertemu dengan rakan-rakan pada sekian-sekian waktu yang ditetapkan;
Apabila kita mengangkat ikrar sebaik sahaja menjejakkan kaki ke universiti untuk jujur dalam menuntut ilmu, menyiapkan tugasan dan menjawab peperiksaan;
Apabila kita mengatakan “insya’Allah” untuk melakukan sesuatu mahupun menghadiri sesuatu jemputan atau program;
Apabila kita menandatangani kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan atau mana-mana syarikat swasta yang menaja biasiswa pelajaran sebaik sahaja tamat belajar;
dan berbagai-bagai contoh lain yang begitu dekat sekali dengan diri kita.

Namun, adakah segala janji itu kita tepati? Adakah kita sedar di manakah kita sekiranya janji-janji itu kita mungkiri? Cukuplah sepotong hadith Rasulullah (s.a.w.) ini sebagai jawapan:

From ‘Abd-Allaah ibn ‘Amr (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:
“There are four (characteristics), whoever has them is a hypocrite (munafiq), and whoever has one of the four has a characteristic of hypocrisy (nifaq) unless he gives it up: when he speaks, he lies; when he makes a promise, he breaks it; what he makes a pledge, he betrays it; and when he disputes, he resorts to foul language.”
(Narrated by al-Bukhaari and Muslim)

Adakah ia sesuatu yang begitu dahsyat sekiranya digolongkan Allah sebagai orang-orang yang mempunyai ciri-ciri munafiq? Tentu skali.

“The hypocrites will be in the lowest depths of the Fire: no helper wilt thou find for them.”
(An-Nisa’: 145)

Ketahuilah, janji hanya boleh dimungkiri dalam 4 situasi berikut:
1) Terlupa
2) Dipaksa
3) Perjanjian melibatkan perkara-perkara yang haram
4) Berlaku perkara-perkara yang tidak diduga
(sila rujuk http://www.islam-qa.com/en/ref/30861 untuk mendapatkan huraian, contoh dan dalil)

Jadi, sekiranya kita tidak dibatasi oleh alasan-alasan berikut (sudah pasti tidak kebiasaannya), maka tepatilah janji itu!


** Firdaus: Saya tidak mengatakan yang saya ini sempurna. Marilah sama-sama kita muhasabah dan perbaiki diri.

h1

Peringatan Dari Tuhan

April 26, 2009

“Mengapakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri? Padahal kamu membaca al-Kitab; Maka tidakkah kamu fikirkan?”
(Al-Baqarah: 44)

“Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.”
(As-Saff: 2-3)

Ayat-ayat di atas sudah cukup memadai sebagai peringatan kepada diri ini untuk melakukan setiap apa yang diperkatakan – baik di lidah, di helaian kertas, ataupun di blog. Amat berat amaran dari Tuhan kepada mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan.

Namun, janganlah kerana ini kita membataskan diri kita untuk memberi nasihat kepada orang lain. Ayat-ayat Allah dan Rasulnya tidak lain tidak bukan adalah untuk disebarkan. Apa-apa jua kalimah kebaikan adalah untuk dimanfaati oleh sekalian umat manusia. Namun, kita perlulah berusaha untuk melakukan setiap apa yang kita perkatakan itu, dan memastikan diri kita tidak termasuk dalam golongan yang diberi ancaman dalam ayat-ayat di atas, naudzubillah.

Semoga saya yang lemah, serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan ini juga tidak tergolong dalam kelompok tersebut. Takut-takut pahala yang diharapkan, tetapi azab Allah yang menanti, naudzubillah. Apa-apa perlakuan saya yang tidak selari dengan apa yang keluar dari mulut / tulisan ini, maka wassini (nasihati ku).

h1

Namun Tak Rela Melepas Dosa

April 25, 2009

Here I would like to share a lyric of a song composed by my friend, just to be known as Lanjelang. Although some lyrics are just constellation of beautiful words which popped-out from inside a composer’s head, for me this one is different. It describes well the voice of the heart inside me, the crying and screaming of the soul within. Worth pondering, and more importantly to be reflected; lyrics without reflection – be it ‘religious nasheed’ or not – are meaningless.


LULUH

Lemah dan gundah terduduk sendiri
Menghitung dosaku berlaut banyak
Bergenang air mata di kelopak
Luruh seluruh kekuatanku

Di langit kuning bertiti awan
Hampanya diriku ini terhadap diri
Ku kenal Pencipta dan kebenaranNya
Namun tak rela melepas dosa

Di setitis cahaya purnamaMu
Ku tadah tangan
Ku rayu keampunanMu
Oh Tuhan terimalah taubatku rayuku

Malunya diriku

Allah
Berdosanya aku
Kotornya jiwaku
Gelapnya wajahku

Allah
Capailah tanganku
Bersihkan jiwaku
Terangkan wajahku

Ku rayu padaMu Allah
Selamatkanlah diriku ini
Ku tangisi kelemahanku
Berdosanya aku kepadaMu

Maafkan diriku

h1

Doakan Saudaramu = Doakan Dirimu!

April 24, 2009

BERDOA TANPA PENGETAHUANNYA

Oleh Abulwafaa

Berdoa untuk orang tanpa pengetahuannnya adalah suatu bentuk doa yang berfaedah bagi kita dan orang lain. Doa sebegini disebut sebagai Ad Du’aa’ fi zahr al ghayb. 

Nabi (s.a.w.) pernah bersabda:


دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ
مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ

آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ  

“Doa seorang Muslim bagi saudaranya tanpa pengetahuannya adalah mustajab (terkabulkan). Pada sisi orang yang berdoa itu malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Setiap kali dia mendoakan bagi saudaranya satu kebaikan nescaya malaikat itu akan berkata : Amin dan bagi engkau adalah seperti yang engkau doakan bagi saudaramu.”
(Riwayat Muslim)

Jadi jika anda inginkan kebahagiaan, kejayaan dalam peperiksaan, ketenangan dan segala apa yang dihajati maka doakanlah untuk saudara anda nescaya insya’Allah hajat anda akan terkabul.


** Firdaus: Jadi, doakanlah saya!