h1

‘Pelan Damai’ Yang Membawa Ke Syurga

May 25, 2010

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujuraat: 10)

Daripada Anas (r.a.) bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda: “Siapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Jubair Bin Math’am (r.a.) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan – jika kamu dapat memegang kuasa – kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Muhammad: 22-23)

Petikan ayat al-Quran dan hadith di atas sangat tepat menusuk ke hati. Betapa Allah menjanjikan rahmat kepada hamba-hambaNya yang berusaha memperbaiki hubungan sesama manusia. Betapa Allah murka kepada sesiapa yang cuba menyemarakkan api persengketaan antara mereka. Bukankah seorang mukmin terhadap mukmin yang lain telah secara jelas diibaratkan Allah sebagai bersaudara?

Hapuskanlah titik hitam di hati yang sentiasa menghasut mata supaya memandang dengan pandangan hasad dengki, dendam dan buruk sangka. Jika tidak mampu menyahut perintah “maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu”, jangan pula kita terlibat sama dalam sengketa yang berlaku; jauh lebih buruk lagi jika turut mengapi-apikan!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pintu-pintu syurga dibuka pada setiap hari Isnin dan Khamis lalu diampunkan semua hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun kecuali seseorang yang bermusuhan dengan saudaranya. Maka dikatakan: Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai.”
(Hadith riwayat Muslim)

Maka, capailah ‘pelan damai’ yang membawa ke syurga!

.

** Firdaus: Bulan Ramadhan dan Syawal bakal menjelma. Bagi yang membudayakan ‘mohon maaf bermusim’ (seperti juga saya), ini merupakan peluang yang baik untuk menghulurkan salam kemaafan dan melupakan kisah-kisah lama yang membusuk di hati. Mulakanlah lembaran hidup yang baru – kehidupan yang dijanjikan rahmat oleh Allah, kehidupan penuh ukhuwwah!

Advertisements

One comment

  1. jzkllah..teringat satu soaln.kenapa seorng muslim perlu berakhlak mulia, saling bermaafan dan berlapang dada?

    mgkin de yg menjawab..kerana itu yg dituntut oleh islam@agar diri kite tak menjadi fitnah untuk agama (eh die tu islam tapi perangai..)

    tapi ade satu jawapan yg sangat tepat n dekat dihati..iaitu beraklah mulia lah agar kite tidak terlepas dari ikatan rabbani..dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: