h1

Salam Lebaran

September 14, 2009

Kad Raya dari Firs

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada rakan-rakan dan pengunjung blog yang mengenali saya, di kesempatan ini saya ingin memohon maaf atas segala salah silap dan keterlanjuran yang saya lakukan, sama ada yang sengaja mahupun yang tidak sengaja. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan.

Moga Syawal kali ini disambut meriah bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai, serta mendapat keredhaan Allah hendaknya, ameen. Doakan juga saya.

Bagi rakan-rakan yang duduk berdekatan, rumah (emak dan ayah) saya sentiasa terbuka untuk dikunjungi. Jemput-jemputlah datang beraya.

Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda: “Taqabbalallahu minna wa minka”. Baginda menjawab: “Ya, taqabbalallahu minna wa minka”.
(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Akhir kata, Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima (amalan Ramadhan) kami dan kamu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

 
** Firdaus: Sekadar pengetahuan, amalan bermaaf-maafan di hari lebaran tidaklah termasuk dalam sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. di Aidilfitri. Cuma memandangkan ianya sudah menjadi adat umat Islam di Malaysia ini, maka saya juga ingin memanfaatkan kesempatan tersebut. Mungkin pada waktu lain, kebanyakan kita berasa ‘malu’ @ ‘berat mulut’ pula. Namun janganlah membataskannya hanya untuk setahun sekali sahaja, sebaik-baiknya bermaaf-maafanlah setiap masa tanpa mengira musim, itu lebih dituntut. Lakukan juga ia dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar melazimi adat.

Advertisements

3 comments

  1. selamat hari raya first. font tu smart la. send boleh tak. tahun ni ko nak jadi mastermind lagi ke. ko cuti bapa lama whole week ke. balik s alam balik bila.


  2. Selamat Hari Raya gak Rosso. Ok2 aku send kat e-mail. Haha, aku dah serik dah, ko atau Helmi la, sebagai ‘penghormatan’ pasal dah kembali jadik ‘warga Malaysia’. Aku cuti 17-27, whole week la. 27 la balik, kalo bole taknak balik, haha.


  3. motif kitorg lak jadi mastermind kan rosso??

    ngko la kene firs sbb ko dah lama duk msia..kitorg tak tau jalan kat sini..muahahahah..sudah menderhaka kepada negara selama 6 tahun gamaknya

    apapun, korang sila2 ke rumah aku raya nie : http://tinyurl.com/y8emqpx



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: