h1

Sains & Islam

August 15, 2009

 

Malam semalam saya sempat melapangkan masa bersembang-sembang dengan seorang rakan dari Jepun (Abdul Ghafur – bukan nama sebenar) berkaitan isu-isu umat Islam di Malaysia ini. Perbualan banyak tertumpu pada isu perpaduan vs. perpecahan, yang disebabkan oleh kewujudan beberapa ‘aliran’ (sengaja saya menjadikannya umum) yang saling bertembung kerana mempunyai prinsip dan pegangan yang berbeza. Perbezaan pendapat sekiranya ilmiah adalah sesuatu yang tidak perlu terlalu dirisaukan, namun kerana wujudnya kelompok ‘ekstrem’ dalam aliran-aliran tersebut, menyebabkan pertembungan dicemari tuduhan fitnah, serangan peribadi, buruk-memburukkan, label-melabel, putar-belit fakta, caci-mencaci, sehinggalah kepada kafir-mengkafir.

Namun, rakan saya menegaskan yang dia lebih risaukan ideologi ‘Atheism’ yang telah mula menyerap masuk ke dalam fikiran umat Islam di Malaysia ini. Yang lebih membimbangkan, golongan ‘Atheist’ yang tidak percaya kepada Tuhan ini bukanlah berborak kosong, sebaliknya mereka berhujah dengan fakta-fakta saintifik yang sangat meyakinkan. Sehingga saya difahamkan hujah-hujah yang diceduk dari buku-buku tulisan Harun Yahya pun senang saja mereka ‘patahkan’ (atau mungkin sang penghujah yang belum habis mendalami kesemuanya). Mereka telahpun ‘menyerang’ laman-laman web, portal dan forum maya, baik yang Islami ataupun tidak. Ada yang telahpun mengisytiharkan dirinya murtad secara terang-terangan di salah sebuah forum maya, na’udzubillah.

Rakan saya bertanya, ada tidak saya kenali mana-mana individu Islam di Malaysia ini yang mampu berhujah hebat dengan mereka? Terus terang saya katakan, yang sehebat mana pun seseorang itu mendalami ilmu aqidah, fiqh, hadith dan sebagainya, untuk mencari mereka yang benar-benar pakar dalam menghubungkan ISLAM dan SAINS adalah amat sukar sekali. Tokoh di Malaysia yang saya tahu pun hanyalah Dr. Danial Zainal Abidin, yang banyak menulis buku-buku bertemakan saintifik-Islami. Adapun persoalan wujud atau tidak tokoh-tokoh atau ustaz-ustaz lain di Malaysia ini yang mampu berhujah hebat sekitar topik Sains & Islam, saya tidak berani mengatakan ‘Ya’.

Membuat saya terfikir, betapa kurangnya pendakwah tempatan yang benar-benar menguasai bidang Sains, begitu juga betapa kurangnya golongan professional yang benar-benar mampu mengaitkan Sains & Islam. Saya sendiri melihat diri saya, apakah segala ilmu saintifik yang dipelajari sejak dari sekolah rendah hinggalah ke universiti dapat saya gunakan untuk memperjelaskan lagi tentang kebenaran Islam? Jika bukan kita yang berlatarbelakangkan bidang Sains yang sepatutnya berhujah dengan mereka, siapa lagi?

Advertisements

4 comments

  1. ada sebuah novel bertajuk cogito Allah Sum (Semakin aku berfikir Allah semakin ada). kisah tentang seorng mahasiswa yg mulanya islam kemudian menjadi atheist bila mendalami ilmu2 falsafh. tapi akhrnya die kembali sedar bahawa dalam dirinya n dlm diri setiap manusia memerlukan tmpat bergantung. diakhir cerita kerana die tlah memeluk islam semula, kwanya yg mash atheist mncabar die dgan beberapa soaln tntang kewjudan Allah n jawpan yg diberikan mmang hebat.

    kebnyakan atheist bukan sahaja berhujah dgan ilmu sains, ad yg brhujah mngunakan teori2 falsfah yg begitu merumitkn..


  2. Terima kasih atas perkongsian.


  3. Salam bro, menarik…mintak untuk dicopy petikan di atas…syukran!



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: