h1

A H1N1: Amalkan Doa Rasulullah, Jauhi Doa Sesat

August 13, 2009

“Salam, sori kacau. Siapa-siapa boleh tak tolong pastikan status doa ni?”

Soal rakan saya melalui YM. Dia memberitahu yang risalah doa ini telahpun disebarkan dengan banyaknya di masjid tempat dia melakukan solat. Yang menyebarkannya tidak lain tidak bukan adalah jemaah masjid sendiri – yang mungkin menyangka dengan menyebarkan apa-apa sahaja risalah mengandungi ‘doa’, maka dikira sebagai usaha ‘kebaikan’. Bagi menjawab soalan tersebut, cukuplah petikan akhbar ini sebagai jawapan:

 
JANGAN TERPERDAYA DENGAN RISALAH DOA PELINDUNG H1N1

(Dipetik daripada Utusan Online)

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. – Utusan

**********

Bagi yang telah ‘terlanjur’ menyebarkan risalah di atas, apakah ada tanggungjawab yang lebih besar sekarang ini melainkan untuk ‘menarik balik’ apa-apa yang telah disebarkan dan menerangkan kebenaran?

Apakah pula alternatif yang ada?

 
PETUNJUK DARIPADA RASULULLAH BAGI MENGHADAPI INFLUENZA A H1N1

(Dipetik daripada Facebook Notes oleh Faeez Harith)

Penyakit merupakan salah satu bentuk ujian dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala kepada setiap manusia yang beriman denganNya, dan pandemik H1N1 merupakan sebahagian dari ujian tersebut. Kejayaan kita menghadapai ujian ALLAH ini akan membuahkan keimana yang lebih mantap, dan penyakit ini merupakan sebahagian dari takdir Allah yang boleh ditolak dengan do’a, sepertimana dalam hadith baginda:

Menurut Tsauban r.a. sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa.”
 

(Hadis sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.)

Inilah petunjuk yang diwariskan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam dalam menghadapi penyakit menular seperti pandemik H1N1:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( 3 kali)

Kata Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”
 

(Hadith riwayat Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Sahih Ibnu Majah 2/332. Rujuk Hisnul Muslim.)

Beberapa peringatan :

  1. Doa ini merupakan sebahagian daripada usaha kita, dan kita hendaklah bersangka baik kepada ALLAH ‘Azza wa Jalla.
  2. Hadapilah penyakit ini dengan penuh keimanan dan yakin kepada janji-janji ALLAH.
  3. Segera dapatkan rawatan jika merasakan anda sudah terkena penyakit ini.
Advertisements

3 comments

  1. ok baru perasan doa yang dah diharamkan tu ada dalam album kumpulan far east halawatul iman.


    • Ha?? Serius?? Tapi nasyid memang dah lama ‘tercemar’ pun, dari dulu lagi memang banyak je periwayatan2 yang tak sahih dalam lirik2 nasyid…


    • Owh album fareast…memang perasan lama dah di IKIMfm sebelum ini, tiap-tiap malam pasang doa ni sebelum bacaan Al-Quran dipasangkan…memang suspicious sangat, yela sebab berbaurkan syiah. Tapi takde sape yang perasan.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: