h1

Bukan Mudah Menjadi Pemimpin

August 4, 2009

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.”
(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Bukan mudah menjadi pemimpin. Kelak akan dipertanggungjawabkan atas segala yang dipimpinnya. Setiap salahlaku dan perkara tidak syarak yang berlaku di bawah kepimpinannya, maka sang pemimpinlah yang akan bersama-sama menanggungnya.

Pemimpin bukanlah suatu jawatan yang perlu direbut-rebutkan dan dibangga-banggakan; sebaliknya ia perlu diinsafi dan digeruni akan tanggungjawab besar yang menanti.

Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saya tidak merujuk kepada pemerintah negara. Saya berbicara tentang tanggungjawab kepimpinan yang lebih dekat dengan diri kita, yang kita lalui seharian. Tidak kiralah sekecil mana pun jawatan yang dipegang, kelak nanti akan juga ditanya.

 
** Firdaus: Lambat-laun akan memikul tanggungjawab ketua keluarga pula. Adakah saya sudah bersedia apabila sampai masanya nanti, wallahua’lam.

Advertisements

2 comments

  1. walau di mana pun kita, kita adalah seorang pemimpin. oleh itu, jadilah seorang pemimpin yang berdedikasi dan adil. insyaAllah hidup kita akan diberkati.

    wasalam….


  2. memang susah nak jadi pemimpin…
    sebagai kakak (pemimpin) kepada adik2nyer pn dh blh lihat betapa susahnya nk jadi pemimpin…
    kelihtan kecik taraf peminp bg adik2nyer tp tetap mencabar.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: