h1

Laskar Pelangi

July 29, 2009

Sudah agak terlambat rasanya untuk saya menulis tentang filem ini. Mungkin kerana tidak ditayangkan di pawagam tempatan, menyebabkan saya terlepas pandang akan kehadiran sebuah filem yang telahpun diterbitkan sejak tahun 2008 yang lepas. Tetapi bagi mereka yang belum menonton Laskar Pelangi, saya menyarankan anda untuk berbuat demikian. Sebuah filem ‘mesti tonton’.

Filem Indonesia yang diadaptasi daripada novel karangan Andrea Hirata ini sarat dengan mesej-mesej berguna, dari mula filem hinggalah ke babak akhir. Komedi mencuit hati yang diselitkan sepanjang filem tidak mengaburi nilai moral dan mesej Islami yang ingin disampaikan. Terutama kepada mereka yang ingin atau sudahpun menceburkan diri dalam bidang pendidikan, saya yakin filem ini mampu memberi inspirasi yang sangat terkesan di hati.

Mungkin para pembaca novel Laskar Pelangi akan mengatakan novel asalnya jauh lebih bagus & menarik. Malangnya, saya bukanlah seorang pembaca novel. Walaupun telah beberapa kali mencuba, tetapi akhirnya tetap ‘tewas’, hehe.

 
** Firdaus: Bukan untuk merendah-rendahkan filem tempatan, tetapi saya sangat berharap filem yang sarat dengan mesej sebegini dapat lahir daripada penerbit-penerbit kita. Cukup-cukuplah dengan filem tentang mat rempit, bohsia, bohjan, dan yang seumpama dengannya, yang mana mesej kalau dapat diceduk pun hanyalah pada babak-babak akhir filem.

Advertisements

14 comments

  1. salam, camne nak menonton filem ni..?dah lme tercari2 tapi msih tak berjumpe


  2. Wa’alaikumussalam. Saya pun just copy dari kawan.


  3. owh ye ke?klu send copy cite tu gne email boleh?


  4. Ha? Send movie 700MB guna e-mail?
    Cubalah tanya kawan2 terdekat kut2 ada siapa2 yang ada. Rasanya dah tersebar dah.


  5. huhu..terpikir gak..mesti file tu bsar, but just trying..heh
    bekla, dah tanye kawan terdekat n terjauh, tapi tak de..btw,sye akan trus berusaha tuk dpatkan copy cite tu.tq

    sye dah bce novel tu, mmang best n bnyak pengajaran..hrap dpat pluang tuk tonton cite tu plak..


    • salam…..

      best yer cite tu? saya pernah dengar tajuk cite ni tapi belum pernah terbaca atau menonton cite ni…boleh citekan skit jalan ceritanya mcm mana….nak tau jgk.
      syukran…


  6. Ni saya petik dari http://laskarpelangithemovie.blogspot.com/2008/09/laskar-pelangi-movie-sinopsis.html:

    Sebuah adaptasi sinema dari novel fenomenal LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata.

    Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat menegangkan bagi dua guru luar biasa, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong. Sebab kalau tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup.

    Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. Ke 10 murid yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalin kisah yang tak terlupakan.

    5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid dengan keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus bisa sekolah. Di antara berbagai tantangan berat dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.

    Di tengah upaya untuk tetap mempertahankan sekolah, mereka kehilangan sosok yang mereka cintai. Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cobaan demi cobaan?

    Film ini dipenuhi kisah tentang tantangan kalangan pinggiran, dan kisah penuh haru tentang perjuangan hidup menggapai mimpi, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.


  7. hohoho. Ini filem pertama yang aku beli DVD original. kirim ke kawan di indonesia. best. baca novel dia plak. 4-4 semua best


    • bpe harga dlam ringgit m’sia dvd original tu ye..?mahu kirim kat kwan yg akan ke indon minggu dpan..


  8. Ye ke Ceghah? Ko ade semua? Hah, ape lagi, bagi ar pinjam! (walaupun aku sendiri pun tak pasti akan bace dengan jaya nya, hehe..)


  9. wah, ada Laskar Pelangi juga di Malaysia :). 4 novelnya rame banget lho..

    salam ukhuwah 🙂
    -dwi, temannya adan yang ketemu di depan kantin salman itb, waktu teman2 bareng azimin mau pulang lagi ke malay-


  10. Salam ukhwah juga.
    Oh, temannya Adan. Jemputlah datang ke Malaysia!


  11. Salam kenal.. dari indonesia



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: