h1

Bersangka Baik

July 11, 2009

Jika ada orang bertanya, apakah sifat mulia yang paling sukar untuk disemai di dalam diri manusia – sudah tentu ‘bersangka baik’ atau ‘husnuszonn’ termasuk di dalam senarai jawapan yang akan terlintas di fikiran saya. Lebih-lebih lagi di kalangan umat Melayu-Islam di Malaysia ini – termasuklah dengan diri saya sekali, sikap sentiasa bersangka buruk (suu’uzzonn) seolah-olah sudah sebati di dalam diri. (Ya benar, tidak semua. Jika anda terpelihara, maka alhamdulillah.)

Apabila ada rakan sekerja yang cepat sekali mendaki pangkat – “ni mesti kuat mengampu bos ni”;
Apabila ada warung makan yang sentiasa sesak dengan pengunjung – “ni mesti ada ‘bela’ ni” (bela apa entah, saya pun tak tahu);
Apabila ada jiran yang dimurahkan rezeki dengan rumah yang besar & kereta yang mewah – “ni mesti makan rasuah ni”;
Apabila ada sahabat kita yang memang sifatnya pendiam atau mungkin sibuk dengan komitmen sendiri – “sombong betul mamat/minah ni”;
Dan berbagai-bagai contoh lain yang begitu dekat sekali dengan diri kita – tidak kiralah sama ada saya ‘terlibat’ sekali bersangka buruk ataupun tidak.

“Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
(Al-Hujuraat: 12)

Bagi saya, ‘bersangka baik’ merupakan perkara pertama yang perlu kita muhasabahkan sebelum berbicara tentang perpaduan. Bagaimana nak bersatu kalau hati penuh dengan sangka buruk sesama umat, bukan?

Tentulah, sedahsyat-dahsyat sangkaan buruk yang perlu kita jauhi adalah bersangka buruk kepada Tuhan. Janganlah sesekali bersangka buruk terhadap segala musibah yang Allah turunkan.

“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!”
(Fussilat: 23)

Solusi: Marilah sama-sama kita tanamkan sifat sentiasa bersangka baik terhadap rakan-rakan kita, jiran tetangga, masyarakat, dan yang paling utama sekali – terhadap Tuhan.

.
** Firdaus: Tidaklah bermaksud sangkaan baik itu perlu mendahului pertimbangan akal fikiran. Bagi perkara-perkara yang telah terbukti salah silapnya, maka tetaplah salah. Sikap berhati-hati dan waspada tetap perlu ada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: