h1

Tepati Janjimu!

April 30, 2009

Perjanjian sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Mahu atau tidak, kita pasti tidak dapat lari daripada membuat perjanjian dalam hampir kesemua aktiviti seharian kita. Janji tetap janji, tidak kiralah dalam hal sekecil mana pun – persoalannya adalah sama ada kita sedari ataupun tidak.

Kita sebenarnya telahpun membuat perjanjian:
Apabila kita bersetuju untuk bertemu dengan rakan-rakan pada sekian-sekian waktu yang ditetapkan;
Apabila kita mengangkat ikrar sebaik sahaja menjejakkan kaki ke universiti untuk jujur dalam menuntut ilmu, menyiapkan tugasan dan menjawab peperiksaan;
Apabila kita mengatakan “insya’Allah” untuk melakukan sesuatu mahupun menghadiri sesuatu jemputan atau program;
Apabila kita menandatangani kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan atau mana-mana syarikat swasta yang menaja biasiswa pelajaran sebaik sahaja tamat belajar;
dan berbagai-bagai contoh lain yang begitu dekat sekali dengan diri kita.

Namun, adakah segala janji itu kita tepati? Adakah kita sedar di manakah kita sekiranya janji-janji itu kita mungkiri? Cukuplah sepotong hadith Rasulullah (s.a.w.) ini sebagai jawapan:

From ‘Abd-Allaah ibn ‘Amr (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said:
“There are four (characteristics), whoever has them is a hypocrite (munafiq), and whoever has one of the four has a characteristic of hypocrisy (nifaq) unless he gives it up: when he speaks, he lies; when he makes a promise, he breaks it; what he makes a pledge, he betrays it; and when he disputes, he resorts to foul language.”
(Narrated by al-Bukhaari and Muslim)

Adakah ia sesuatu yang begitu dahsyat sekiranya digolongkan Allah sebagai orang-orang yang mempunyai ciri-ciri munafiq? Tentu skali.

“The hypocrites will be in the lowest depths of the Fire: no helper wilt thou find for them.”
(An-Nisa’: 145)

Ketahuilah, janji hanya boleh dimungkiri dalam 4 situasi berikut:
1) Terlupa
2) Dipaksa
3) Perjanjian melibatkan perkara-perkara yang haram
4) Berlaku perkara-perkara yang tidak diduga
(sila rujuk http://www.islam-qa.com/en/ref/30861 untuk mendapatkan huraian, contoh dan dalil)

Jadi, sekiranya kita tidak dibatasi oleh alasan-alasan berikut (sudah pasti tidak kebiasaannya), maka tepatilah janji itu!


** Firdaus: Saya tidak mengatakan yang saya ini sempurna. Marilah sama-sama kita muhasabah dan perbaiki diri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: